11.30 p.m -argh..malas nya nak karang nih!!!...i hav no idea at all...
p/s-mlm nih dah nak kena hanta dah..huh!!!
11.35 p.m - tgk question ni berulang ulang ulang..
11.40 p.m-relax lu...ambik mood!!!
dan tiba2 terbaca post nih kat FB group kami "ESEI TRAFIK N POSTER SILA EMAILKN KPDA SAYA sertakan nama ahli kmpulan....poster save dlm pdf...(secepat yang mungkin :) )"
cepat2!!..hav 2 finish it by tonite!!!
and ini hasilnya!!..yuhuuu!!!
Tema : Jalan Raya Selamat di Malaysia : Kita mampu mengubahnya
Keselamatan Jalan Raya:Tanggungjawab
Bersama
Berdasarkan laporan dan pemerhatian
pada ketika ini, kemalangan jalan raya adalah penyebab yang terbesar kepada kematian.
Statistik trafik Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa pada tahun 2010 kadar
kemalangan sebanyak 414, 421, manakala tahun 2011 sebanyak 449,040. Statistik
menunjukkan peningkatan jumlah kemalangan sebanyak 8.9% iaitu 34,619 kes.
Dari jumlah itu purata kemalangan bagi tahun 2011 adalah sebanyak 51 kemalangan
setiap satu jam. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat
sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya. . Selain itu, eringatan
"Berhati-hati di Jalan Raya", "Patuhi Had Laju",
"Kelajuan Membunuh", dan slogan "Pandu, Tunggang dan Jalan
Dengan Selamat" serta "Anda Mampu Mengubahnya" menyegarkan
kembali ingatan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa berada di atas
jalan raya. Namun realitinya, pengguna jalan raya di Malaysia masih lagi cuai,
lalai dan lupa walau diberikan dengan pelbagai peringatan serta slogan di
sepanjang jalan raya.
Terdapat beberapa faktor
yang menjadi antara punca utama kemalangan menyebabkan kehilangan nyawa.
Faktor pertama ialah sikap manusia, iaitu memandu dalam keadaan mengantuk,
kurang tumpuan ketika memandu, memandu lebih had laju, menggunakan telefon
bimbit ketika memandu, berlumba secara haram terutamanya penunggang motosikal. Kemampuan
pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka
mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang
dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan
kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan
kepada pihak lain. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna
jalan raya yang lain.
Selain itu, faktor mekanikal
kenderaan, kurang prihatin terhadap kenderaan mereka seperti brek, tayar yang
haus dan sebagainya. Faktor kejuruteraan jalan iaitu apabila keadaan jalanraya
kurang baik, gangguan seperti kerja-kerja pembaikan jalan dan faktor cuaca,
seperti hujan lebat jalan licin, jerebu penglihatan terjejas. Ingatlah bahawa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, itulah ungkapan yang
sewajarnya difikirkan bersama-sama bagi mengambil langkah keselamatan secara
berterusan. Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum
memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk
dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada
dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini.
Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak
mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya
cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika
hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin
berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya.
Jalanraya merupakan satu
kemudahan awam yang menjadi penghubung kepada kita dari satu tempat ke satu
tempat samada dari bandar ke desa atau sebaliknya. Ianya bukanlah tempat untuk
kita menunjukkan kehebatan atau keberanian di dalam kita memandu kenderaan,
kerana itulah menjadi tanggungjawab kepada kita semua sebagai pengguna menjaga
dan memelihara kemudahan ini dan menjadikannya sebagai satu tempat selamat dan
bukannya tempat kecelakaan. Adalah tidak dapat dinafikan dan diakui bahawa
punca utama kemalangan jalanraya di negara ini adalah disebabkan perilaku
pengguna itu sendiri yang menyebabkan kerugian harta benda, kecederaan,
kecacatan anggota badan, bahkan boleh membawa kepada kematian.
Kerajaan akan terus meneliti
langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini dan meskipun
langkah memperketatkan peraturan mungkin menerima bantahan banyak pihak.
Pengguna jalan raya, kata beliau boleh menyalahkan jalan yang berlubang atau
sempit sebagai punca kemalangan namun ia boleh dielakkan jika mereka
berhati-hati dan tidak memandu laju. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang
teruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak.
Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan
semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan
Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek
untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa
demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan
pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah
yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga
memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan
yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain
Selain itu, penggunaan kenderaan
awam turut merupakan salah satu kaedah yang harus diambil berat. Hal ini demikian
kerana terdapat banyak kemalangan jalan raya yang berlaku kerana kesesakan lalu
lintas. Apabila kita menggunakan kenderaan awam seperti bas, komuter, dan
sebagainya, masalah kesesakan lalu lintas dapat ditangani kerana bilangan
kenderaan di jalan raya telah dikurangkan. Secara tidak langsung, kecelakaan
jalan raya dapat dielakkan Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang
maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang
ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan
khususnya di kawasan bandar. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak,
kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam
sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang
dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju.
Kemalangan jalan raya yang berlaku
saban hari ini bukan sekadar melibatkan pemandu kereta dan penunggang
motosikal, malah melibatkan mereka yang sedang menyeberangi jalan, misalnya
murid-murid yang ingin pergi bersekolah. Dalam hal ini, para pejalan kaki
sewajarnya memanfaatkan kemudahan- kemudahan awam yang sedia ada seperti
lintasan pejalan kaki dan jejantas. Persepsi sebahagian besar daripada kita
bahawa menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki merupakan tindakan
yang membuang masa harus diubah bagi menjamin keselamatan diri sendiri.
Sehubungan itu, para pemandu turut patut memperlahankan had laju sekiranya
mendapati ada pajalan kaki yang sedang menggunakan lintasan pejalan kaki.
Walau
bagaimanapun, amalan sikap toleransi dan saling menghormati di jalan raya
merupakan kaedah yang paling mudah dan berkesan bagi menyelesaikan masalah ini.
Namun begitu, sikapp dan amalan murni ini telah semakin terhakis dalam kalangan
pengguna jalan raya akibat sosialisasi kehidupan bandar yang agak
individualistik. Kebanyakan pemandu kereta selalu memotong kenderaan sesuka
hati semasa mengejar masa ataupun semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya,
terutamanya golongan remaja. Ada juga mereka yang berebut untuk memasuki jalan
sehala yang sempit. Natijahnya, berlakulah kecelakaan yang menyayat hati.
Lantaran itu, sikap bertolak-ansur harus disemai dalam sanubari setiap pengguna
jalan raya agar ketenteraman jalan raya tidak terjejas. Masyarakat
harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus
mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan
raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan
keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian
menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.
Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Sebenarnya,
perubahan sikap dan tindakan yang positif daripada para pengguna jalan raya
amat diperlukan dalam memerangi masalah ini. Mematuhi peraturan jalan raya
merupakan langkah yang paling asas bagi mengelakkan kemalangan. Sekiranya kita
memandu mengikut peraturan, sudah tentunya lalu lintas jalan raya akan menjadi
sistematik dan teratur. Hal ini penting kerana jalan raya yang penuh dengan
pelbagai jenis kenderaan akan menjadi kelam-kabut jikalau penggunanya memandu
mengikut kesukaan hati sendiri. Antara contoh-contoh peraturan yang wajib kita
patuhi termasuklah tidak memandu melebihi had laju 120 km/j semasa berada di
lebuh raya, mematuhi lampu isyarat ketika berada di simpang jalan, dan
sebagainya. Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu
melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan
kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu
digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna
lain. Sikap
tidak mengambil pedulikan keselamatan di
jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila
amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.
Kemalangan yang di jalan raya
berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bak kata pepatah, “pandu cermat jiwa
selamat”. keselamatan di atas jalan raya
merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca
utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk
menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain
juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama. Pengguna-pengguna
jalan raya mestilah mengimplementasikan kewajipan masing-masing. Pengguna perlu
menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat
sifar merupakan satu tuntutan sosial.. Oleh demikian, setiap pengguna jalan
raya haruslah mempunyai komitmen yang tinggi semasa menggunakan jalan raya
supaya menjaga sikap dan tanggungjawab untuk pemanduan yang berhemah dan
menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Dengan ini,
barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang
telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan dengan segera. Ingat, “hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih!





